Kamis, 10 Januari 2013

Cara menghilangkan rasa cemburu

10 cara untuk celikkan si cemburu buta
oleh Admin


Cemburu tandanya sayang, tapi dek cemburu buta, sayang boleh melayang.
Manusia mempunyai sebab berbeza untuk menjadi cemburu dan orang kata cemburu buta itu boleh membunuh dan selalunya perasaan cemburu itu disertakan dengan perasaan amarah. Bunuh emosi atau lebih teruk bunuh secara fizikal. Ya, perasaan cemburu itu normal tapi kalau sudah cemburu yang teramat, itu adalah tidak normal dan boleh mengganggu hubungan. Apabila kita cemburu, kita bimbang jika pasangan mungkin mencari orang lain yang lebih menarik dan lebih baik dari kita. Tetapi lama kelamaan pasangan akan rasa rimas, risau dan cuba mengelakkan diri dari si dia yang suka cemburu buta.  Jika anda adalah seorang yang cemburu buta, sesuatu perlu anda lakukan agar hubungan anda dan pasangan bahagia dan ada persefahaman. Langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk mengatasi perasaan cemburu buta.
1. Cari punca sebenar
Anda harus mencari punca sebenar apa yang menyebabkan anda berasa terlalu cemburu terhadap pasangan anda. Adakah anda kurang percaya kepada pasangan kerana sikapnya sendiri? Atau anda kurang yakin pada diri anda sendiri. Jangan buat tuduhan melulu tanpa usul periksa. Jika anda memang mempunyai sifat panas baran, anda perlu menenangkan diri sebelum bersemuka dengan pasangan.
2. Beri masa
Beri diri sendiri masa untuk mengatasi sifat cemburu dalam diri. Jika anda memang seorang yang cemburu, anda tidak boleh berharap untuk berubah dalam sekelip mata.
3. Minta maaf
Mungkin pada mata si dia jika anda selalu meminta maaf jika suka cemburu buta, perkataan maaf yang datang dari mulut anda itu mungkin tidak berharga lagi. Tapi ia cukup baik dari anda ego untuk meminta maaf. Jika anda meminta maaf, ia bermakna anda sedar perbuatan anda itu salah dan cuba untuk tidak melakukannya lagi.
4. Komunikasi
Luahkan perasaan anda dan mengenai masalah cemburu anda bersama-sama dengan pasangan.Berkomunikasi bukan bermaksud anda boleh melenting sesukahati tetapi sebaliknya berbincanglah dengan elok dan elakkan dari rosakkan perhubungan anda berdua.
5. Elak salahkan pasangan
Elakkan dari menyalahkan pasangan jika berlaku perselihan faham antara kamu berdua. Anda mempunyai pilihan untuk menyelesaikan dengan cara baik tanpa melibatkan perasaan cemburu buta.  Anda bertanggungjawab dengan perasaan anda sendiri. Menyalahkan pasangan tidak akan menyelesaikan masalah.
6. Sentiasa berfikiran positif
Sekiranya anda berfikiran positif, mungkin perasaan cemburu itu dapat diatasi dan dikawal. Tetapi anda harus ingat untuk tidak sewenang-wenangnya  mempergunakan kepercayaan yang telah diberikan kepada anda. Jika disalahguna, mungkin perasaan cemburu buta itu akan makin bertambah dan mungkin kepercayaan itu akan hilang terus!
7. Ubah diri menjadi lebih baik
Tak rugi jika anda mempunyai azam atau motivasi diri untuk ubah diri sendiri menjadi lebih baik. Minta pertolongan atau nasihat dari pakar jika anda benar-benar ingin buang sifat cemburu buta di dalam diri. Dan jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan kesabaran yang lebih tinggi.
8. Kurangkan sifat marah
Jangan cepat melenting, sebaliknya fikir secara positif dengan menarik nafas dalam-dalam biarpun ketika berdepan dengan si dia yang menyinggung hati anda dan membuatkan anda cemburu. Selain dari menarik nafas dalam dalam, anda boleh mandi, solat atau buat aktiviti yang dapat mengurangkan rasa marah dan cemburu anda.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar