Kamis, 10 Januari 2013

Proses pembuatan ikan pekasam


 proses pembuatan ikan pekasam utara


. Adakah anda tahu cara nak buat ikan pekasam atau tahukah anda bagaimana untuk memproses ikan pekasam orang utara? Erm, bila sebut pasal ikan pekasam nie saya teringat ibu kepada mak lang saya memang ada jual ikan pekasam. Tetapi ikut musim padi diambil, pada masa selepas padi baru diambil maka ramai yang terjun ke dalam sawah untuk menangkap ikan. Pada waktu ini lah kepada anda yang mengetahui cara untuk memproses ikan pekasam dapat menjana pendapatan melalui bisnes jualan ikan pekasam. Lumayan..

Untuk pengetahuan anda. Antara jenis ikan yang digunakan untuk membuat pekasam adalah seperti lampam, tilapia, puyu, sepat, jelawat dan loma. Melihat kepada proses penyediaannya pula, ikan-ikan tersebut akan disiang dan dibersihkan terlebih dahulu sebelum diperap bersama ketulan garam kasar selama tiga hingga lima bulan.
Paling cepat proses pemerapan itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga minggu. Proses ini bertujuan untuk memastikan ikan sebati dengan garam selain melembutkan isinya.
Ikan yang telah diperap itu kemudiannya akan disalut dengan serbuk beras yang telah di goreng dan dikisar. Proses pemerapannya selepas itu diteruskan lagi selama lebih kurang dua minggu. Ikan-ikan yang telah siap menjalani kesemua proses tersebut akan dibungkus dalam plastik secara vakum.
Tips Tambahan:
Untuk menghasilkan ikan pekasam yang bermutu. Proses pertama yang perlu dilakukan ialah ikan disiang dan perutnya dibuang sebelum diletak garam dan diperam selama dua minggu. Kemudiannya, ikan itu dibersihkan dan digaul dengan serbuk beras yang dikisar halus. Selepas itu, ikan dimasukkan ke dalam tong besar yang ditindih dengan benda berat dan disimpan selama dua minggu lagi sebelum dibungkus. Sebenarnya, lagi lama ikan diperam, rasanya akan lebih enak. Ikan pekasam boleh disimpan lama kerana ia sudah diawet. Untuk memastikan ikan pekasam yang anda buat itu ‘menjadi’ dan mempunyai rasa yang sedap, gunakan ikan-ikan segar yang boleh anda dapatkan dari pemborong. Ramai yang mengatakan ikan pekasam berbau busuk kerana diperam. Jadi anda hendaklah menggunakan ikan segar dan menjaga kebersihan tempat menyediakannya, ia tidak akan berbau busuk.
Bagi sumber bahan mentah, seperti yang saya beritahu, ianya percuma. Anda boleh mendapatkan sumber bekalan ikan liar yang ditangkap di dalam sawah. Selain itu anda juga boleh memperolehi ikan mentah daripada pengusaha penternakan ikan belaan di tempat anda.
Sumber ikan ini diperolehi secara bermusim kerana mengikut keadaan cuaca. Kadang kala berlaku juga masalah kekurangan bekalan. Jadi untuk mengelakkan masalah ini, anda perlu membeli lebih banyak bekalan sebagai stok terutama pada musim perayaan.

Tentang harga pasarannya pula kebiasaan ikan pekasam dijual pada harga RM3.50 untuk 200 gram dan sekiranya pelanggan membeli secara pukal, anda boleh menjualnya pada harga borong RM2.80 untuk 200 gram.
Erm, jadi bagaimana dan apa pendapat anda tentang bisnes ikan pekasam utara? Ada yang teringin menjana pendapatan dengan menjual ikan pekasam? Semoga artikel cara proses ikan pekasam utara ini dapat membantu anda untuk lebih memahami tentang cara nak buat ikan pekasam yang sebenar.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar